Pages

DOA ISTIGHFAR REJAB

Hari ini 11 Rejab... sedar tidak sedar kita dah pun sebelas hari dalam bulan Rejab.. Semalam.. seperti biasa setiap hari Jumaat malam Sabtu kami mengadakan xtvt Khatam Quran.. nk dijadikan rezeki kami.. semalam kami makan daging kambing bagi memenuhi hajat pesakit untuk berubat.. selapas Khatam Qoran dan bacaan Doa.. kami makan nasi berlauk kan masak merah daging kambing… diikuti dengan makanan pencuci mulut iaitu buah durian dan pasangannya buah manggis.. mengapa durian dan manggis dikatakan “pasangan”? kerana durian sifatnya panas dan manggis sifatnya sejuk.. itulah hebatnya ciptaan Allah.. Allahhuakbar!!!


Semasa menjamah buah-buahan tersebut juga diselitkan dengan tazkirah oleh Sheikh Azim mengenai kisah bulan rejab..


Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Apabila lelaki tersebut meningggal dunia anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, "Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya serta mengkebumikannya."
Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, "Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, "Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!" Nabi S.A.W berkata, "Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!"
Nabi S.A.W pergi dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah untuk dikebumikan.


Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi bertanyakan apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya: "Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu." Anak perempuan lelaki tersebut berkata, "Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang perompak, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.


Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., "Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar." Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.




Inilah doanya…




DOA ISTIGHRAF REJAB

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku memohon ampun kepada Allah, Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Aku bertaubat kepada-Nya dari semua perbuatan durhaka dan dosa. Aku bertaubat keada-Nya dari semua ucapan, perbuatan, pendengaran, penglihatan, dan pikiran yang dibenci Allah.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampun atas dosa yang telah aku kerjakan di masa lalu maupun yang mungkin akan aku kerjakan di masa yang akan datang, dosa yang disebabkan kerana aku melanggar batas-batas ajaran agama, dosa yang aku sembunyikan atau yang aku tampakkan, serta dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada aku sendiri. Engkau Yang Maha Mendahulukan lagi Maha Mengakhirkan, dan Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampunan atas setiap dosa yang aku lakukan kembali setelah aku bertaubat kepada-Mu. Aku memohon ampun atas suatu amalan yang aku maksudkan untuk-Mu, Yang Maha Mulia, tetapi aku telah mencampurkan amalan tersebut dengan sesuatu yang tidak Engkau ridhai. Aku memohon ampun atas janjiku kepada-Mu yang kemudian aku khianati. Aku mohon ampun atas perbuatan yang mengikuti hawa nafsu yang sebelumnya aku kira merupakan keringanan dari-Mu, padahal terlarang menurut-Mu
Aku memohon ampun kerana kenikmatan-kenikmatan yang telah Engkau berikan kepadaku telah aku manfaatkan untuk kedurhakaan. Aku memohon ampun atas segala dosaku yang tidak ada yang dapat menghapuskannya selain Engkau dan tidak ada yang mengetahuinya selain Engkau. Tidak ada sesuatu pun yang akan mampu menghapuskan dosaku kecuali dengan rahmat dan kemurahan-Mu. Dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menyelamatkanku dari dosa kecuali dengan ampunan-Mu.

Aku memohon ampun kepada-Mu untuk setiap pelanggaran sumpah yang telah aku ucapkan, padahal aku telah terikat dengan sumpah itu di sisi-Mu. Aku memohon ampun kepada-Mu, wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau. Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dzalim. Aku memohon ampun kepada-Mu, whai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Mengetahui yang ghaib maupun yang tampak dari setiap kejahatan yang aku perbuat di terangnya siang maupun gelapnya malam, kejahatan di saat makhluk-Mu penuh dengan kesibukan maupun senggang, yang tersembunyi maupun terang-terangan, dan Engkau melihatku ketika aku melakukannya. Engkau Maha Melihat kesalahan dan kedurhakaan yang pernah aku lakukan, baik kerana kesengajaan, kesalahan, maupun lupa. Wahai Yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia.

Aku memohon ampun, wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk ke dalam golongan orang-orang yang dzalim. Wahai Tuhan, ampunilah aku, kasihilah aku dan terimalah taubatku, karena Engkaulah Yang Maha Penyayang diantara para penyayang. Ya Allah, aku memohon ampun untuk setiap kali aku meninggalkan kewajiban yang telah Engkau wajibkan kepadaku untuk mengamalkannya sepanjang malam dan siang kerana sengaja, salah, lupa, atau lalai, padahal aku akan dimintai pertanggungjawaban terhadap kewajiban tersebut. Aku memohon ampun kerana berulang kali meninggalkan sebagian atau seluruh sunah Nabi Muhammad SAW—junjungan para Rasul dan penutup para nabi--karena lalai, malas, bodoh, atau lengah, sedikit maupun banyak.

Dan aku memohon ampun kepada-Mu, wahai Dzat yang tiada Tuhan selain Engkau, Tuhan semesta alam. Kepunyaan-Mu segala kerajaan, milik-Mu segala pujian, dan bagi-Mu ucapan syukur. Cukuplah Engkau bagi kami, yang menjadi sebaik-baik Pemelihara, Pelindung dan Penolong bagi kami. Tidak ada kemampuan dan kekuatan melainkan yang berasal dari Allah, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Semoga Allah melimpahkan shalawat dan kesejahteraan sebanyak-banyaknya kepada junjungan kami, Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.

2 comments:

Tash said...

assalamualaikum wrb,

Doa ini boleh diperoleh drpd buku majmu syarif dan pernah dihuraikan fadhilatnya oleh ustazah dulu....

namun demikian, bila saya bercerita tentang doa ini dan fadhilat2nya, kepada rakan2 yg baru sahaja memeluk islam, ramai yg bertanyakan dari hadits yang mana satu, chapter/surah/ayat yg keberapa.

i will be very grateful if you're able to find out from your syaikh who narrrated this beautiful hadith, where it's from, specifically.

Terima kasih,
Tash

dohadimataku said...

as salam..

moga saudara sentiasa berada dalam kesejahteraan dan rahmat Allah swt hendaknya.

alhamdulillah. kisah inilah yang saya cari, sebelum ini pernah dimaklumkan oleh keluarga, tetapi tak dapat kisah sepenuhnya.

sementara istighfar rejab pula, memang saya pernah membacanya. tetapi saya tak dapat tafsirannya.

saya mohon izin untuk dikongsikan artikel ini dalam blog saya.

moga ianya dapat memberi pengajaran kepada semua penbaca.

wassalam...